Sungguh, bukan sengaja niat yunda untuk leka dalam kelas ilmu alam. Yunda sememangnya mempunyai "low attention span". Dalam khayal, yunda telah menconteng buku nota, dan di hujung sekeping lembaran, telah mencoret apa yang terlintas di fikiran. Selepas waktu sekolah, sedang yunda membaca nota kuliah dan mengulangkaji pelajaran, terpandang pula yunda pada coretan pagi tadi. Macam puitis pula apabila yunda membacanya. haha. Di sini, yunda mengongsi pengalaman yunda tika mengelamun. =P
Kipas angin berputar menggarang
Meleterkan insan yang benaknya melayang
Negara China memperluaskan lagi penjanaan tenaga angin.
Anak Afrika dibunuh malaria
Merayu dari kitab di atas meja
Orang yang miskin, kos hidupnya kurang dari US$1 sehari. Lambaian dedaun di luar tingkp
Memujuk insan agar mendengar cekap
240 000 eka hutan dimusnah di Kalabakan demi pembangunan.
Amaran terakhir diherdik lantang
Tok guru dah naik berang
"Tolong tumpukan perhatian yang sepenuhnya!"Anak murid tersipu malu,
Ditangkap termenung melayan rindu
Dan disini qalamku menari
Dan di sini ku berkhayal senang
Tika guru mengajar, aku berpuisi
Membiarkan ilmu alam longlai dibentang.*******
Kepada yang sedang membaca ketika kelas sedang berlangsung, kasihanilah para pendidik yang telah bertungkus-lumus menyiapkan bahan untuk kelas tersebut dan kasihanilah mereka yang penat berdiri di ahadapan kelas dan menyampaikan pelajaran. Tumpukan perhatian, ya? Jangan pula pada zahirnya, hadir, tetapi fikiran merayau entah ke mana. haha.
Seandainya ada mana-mana guru yunda yang sedang membaca, minta maaf ya cikgu? bukan sengaja tidak menumpukan perhatian.. hehe..
Salam sayang,
Ayunda.