<bgsound src="http://www.hddweb.com//Aishah_-_Tari_Silat_Melayu.wma" loop=infinite>

Rintihan Seorang Anak Gadis..

dari mata turun ke hati, dari hati minda mencerna, dari sana, turun ditinta. Abadikan ia di alam maya, titipan hidup, jiwa sahaya.

My Photo
Name:
Location: Singapore

Monday, July 31, 2006

Masa yang kurang mengizinkan

Assalamualaikum.

Sudah hampir seminggu yunda tidak mengemaskinikan blog ini.

Sukar sekali untuk mencuri masa untuk berbuat demikian. Maklumlah... peperiksaan peringkat 'A' semakin dekat.. terpaksalah yunda bersengkang mata menelaah pelajaran. Yunda juga semakin kerap mendapat tawaran tugas sambilan. kadangkala, apabila terlalu dibelenggu kebosanan, ruangan sembang siber yang menjadi penawar hati. haha.. redalah sedikit sebanyak tekanan dan kebosanan yunda.. haha..

hmm.. sampai di sini sahaja catatan yunda pada kali ini. Dari tadi, buku rujukan yunda di atas meja ini asyik merayu meminta dibaca. Hehe..

insyaallah, seandainya ada masa lapang, yunda akan terus bertinta di sini pada lain lembaran.


salam sayang,
Ayunda.

1 Dari kacamata orang:

Anonymous nabila said...

assalammualaikum!

=) tahniah nad. hehehehe masa untuk memberikan awak DARSSSS! hehehe pemain mp3 tu...jangan lupa kongsi! :D

11:09 AM  

Post a Comment

<< Home