<bgsound src="http://www.hddweb.com//Aishah_-_Tari_Silat_Melayu.wma" loop=infinite>

Rintihan Seorang Anak Gadis..

dari mata turun ke hati, dari hati minda mencerna, dari sana, turun ditinta. Abadikan ia di alam maya, titipan hidup, jiwa sahaya.

My Photo
Name:
Location: Singapore

Friday, July 21, 2006

Ewah, ewah....lantangnya cerapan menerpa..!

Mata yunda hampir terlelap dibelai dingin dalam bas 168. Namun, kuping ini ada-ada sahaja yang didengarnya, membuat yunda tersentak dan fikiran ini diajak menerawang sebentar.

Pertama sekali, yunda ingin memohon maaf kerana terdengar perbualan antara dua orang wanita Melayu yang dududk di belakang yunda. Namun, perbualan mereka agak kuat sehinnga ia menarik perhatian beberapa orang di keliling mereka. Akan tetapi, masalahnya bukanlah kerana ia mengganggu penumpang lain, tetapi kerana isu yang mereka perbualkan itu, pada hemat yunda, terlalu dipengaruhi stigma belia Melayu 'hanyut'.

Begini ceritanya...

Seorang dari mereka telah mengadu bahawa sejak kebelakangan ini, hampir setiap pagi, apabila dia berjalan melalaui sudut penduduk atau residents' corner di kolong bloknya, dia dapati tempat itu semakin kotor dengan adanya bekas botol-botol minuman keras dan paket-paket makanan kekacang bersepahan di meja dan lantai. Puntung rokok juga dibuang dengan sebarang sahaja. Olehkerana apabila dia pulang dari kerja pada waktu malam amsih muda, sudut itu sudah dibersihkan dan tidak lagi kotor, perkara yang sama akan berlaku pada keesokan pagi.

Hal yang telah membuat yunda sedikit terkilan adalah apabila rakannya, dengan nada yang sinis dan bersungguh, dengan pantasnya mempersalahkan belia Melayu yang 'kaki lepak'. Ada dia menuduh "budak-budak Melayu yang dah hanyut" sedangkan tiada bukti dan rakannya itu tidak pernah melihat siapa yang sebenarnya bersidai di tempat itu pada malam hari dan menotorkan tempat itu.

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.

Usah kita persalahkan anak muda Melayu kita sendiri hanya kerana ada yang telah mengotorkan sesuatu tempat dengan bekas minuman haram... =/

Memang benar gejala sosial semakin berleluasa dan akibatnya, ramai remaja yang terjerat dicengkam anasir-anasir negatif seperti tabiat meminum minuman keras, merokok dan juga melepak tak tentu arah dan tak mengambil kira masa. Namun, bukannya semua kes sebegitu berdalangkan anak Melayu yang dikatakan sudah 'hanyut'.

Yang menghairankan, bagi yunda, adalah kenapa belia kita sering dikaitkan dengan gejala-gejala sosial atau perkara-perkara yang berunsur negatif?

Remaja kita ada cerita indah.
Remaja kita ada budi bahasa.
Remaja kita ada yang ariff budiman.
Yang ariff. Yang berbudi. Yang beriman.

Bukannya semua anak Melayu yang mengenakan pakaian mengikut trend masakini, akan hanyut, sudah hanyut dan akan selama-lamanya hanyut. Pakaian tidak semestinya melambangkan identiti atau keperibadian seseorang secara menyeluruh.

Bukan begitu cara mengenal orang. Janganlah kita pandang pada rupa, dengar pada gosip semasa, akur pada stigma. Dan usahlah kita merendahkan martabat nak bangsa sendiri. Pertahankan mereka jika mereka benar, dan pimpinlah mereka seandainya mereka berpihak pada yang salah.

Dalam kes wanita tadi, sudut penduduk yang sentiasa dikotor itu bukan sahaja boleh didalangi remaja kita, tetapi ada juga kemungkinan ia angkara pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Sewajarnya, wanita tadi harus mngemukakan hal tersbut kepada RC estet perumahannya.

Sementara itu, yunda berharap agar stigma remaja Melayu hanyut ini dapat dihakis.
Pada para rakan-rakan sekalian, kita ini anak bangsa.

Marilah kita melakar citra yang indah.

Salam sayang,
Ayunda.

0 Dari kacamata orang:

Post a Comment

<< Home